Showing posts with label educator. Show all posts
Showing posts with label educator. Show all posts

6/28/2010

{ haih. }

" teacher, nah buku bank saya," ucap izzati kepadaku sebentar tadi.

buku akaun bank CIMB diserahkan kepadaku selaku Guru Biasiswa Yayasan Pahang yang setia sejak 3 tahun lampau.aku terpaksa kerana orang lain pegang jawatan yang lebih berat takkan aku nk tolak.penerima biasiswa yang baru ada 7 orang yang telah mendapat surat tawaran isnin lepas.izzati, seorang pelajar pintar berusia 14 tahun tapi sudah berada di tingkatan 3, adalah salah seorang daripadanya.dia hantar buku bank lambat.

"hm, apasal awak baru hantar ni?" aku soalnya.
"ramai orang kt bank teacher"
"ooo ok"
"bukan saya sorang yang nk buat buku bank"
"oh", aku terkesima.budak ni memang kurang hajar.dia berlalu belum sempat aku mengamuk.

ah.kenapa kau perlu bersikap begitu wahai pelajar pintar.dalam hati rasa tak mahu masuk kelas dia lagi.ah, aku memang emo.kalau ikutkan hati...

i should really think about what ayah said to me the other day.just wait for the right time.

5/15/2010

{ guru pembina negara bangsa }

hm,bole la.

hr guru tahun lepas.
aku :kakma, nak tgk hadiah spesel bib dpt?
kakma : mana nk tgk
aku : (mengambil kepingan hadiah itu seraya menayangkan kepadanya )
kakma : oh? itu, mozek?oh.. kakma tgk kt atas meja pengetua pun ada yg ni, sebijik!
aku : hahaha.yeke.peminat misteri ni kasi.tgk2 dh ada atas meja.mesti dia minat bib ngn
tn haji je kan.hahaha

kakma : sgt seni.
aku : huhuhu



terima kasih sayang walau di mana jua kamu berada.nape xtulis nama?huhu

aku takdela mengharap pelajar kasi hadiah bila tiba hari guru.tp tahun pertama mengajar dulu bnyk gak dpt hadiah.biasa2 je,ala budak kampung.nak keluar ke bandar pun susah utk beli hadiah.i don't mind, really.the thought that matters kan?kalau yg bagi kad sgt la sweet.thn lepas ade sorang student bagi hadiah gelas setgh dozen, weh ni mcm hadiah kawen je.lagi sorg kasi mug jenama milo mungkin percuma mak dia beli milo 2kg..tp xpe, teacher sgt hargai usahamu itu.tq loves.*terharu*

kalau thn lepas aku recite a poem, this year i asked my students to contribute la kan.hari guru kami nk rehat, kamu buat la persembahan ke ape hiburkn hati kami neh...atas permintaan, aku terpaksa la jugak turun pdg latih budak2 ni wat persembahan.aku pilih pelajar2 yg terberpotensi sekali dlm ramai2 pelajar seramai 276 org itu.dari kelas 4sc dan 5sc shj.kira intan terpilih a lebeh kurang.mula2 ingat nk latih drama, tp, hmppkhh jgn hrpla.so aku suruh diorg nyanyi je la.lagu aku pilih dengan sgt teliti haha.so hr ni lepas gotong royong secara besaran yg mana aku tak tolong pon.eh wait, aku kemas bilik sakit tadi.memang best suruh bdk2 wat keje dan kita jadi mandur.muahaha.ok, melalut. so td aku dgn penuh semangat latih bebudak besar ni nyanyi.selama 4 jam, ni lah hasilnya.suara aku dh serak basah bersama ketiakku.tp setakat ni jela yg diorang mampu,so aku redha.utk menggempakkan lagi performance derang hari isnin nnt, aku pun selit la poem yg syahdu khas utk semua guru.mesti tangkap nanges punye nih.aku confident gilar.

latihan mula pukul 11am tamat pukul 3pm.

cubaan pertama: ok, teacher bagi gred 9F

cubaan kedua : ok tcr bagi 8E

cubaan ke 10: tcr bagi 9F semula.nk perform ke xnak nihhhh!!! (teriak gaya linda jasmine kt af)

cubaan ke 17: ok, tcr bagi gred 7D la..bila nk dpt A+ nih wei.

akhirnya,
aku: say, 'i can do it!!'
mereka: 'i can do it!!!!'
aku : can u do it?
mereka :yes we can do it!!!
aku: o yeah bebehhh!! show me whatcha got!

dh hampir pukul 3pm, marila kita buat utk kali terakhir.tcr pun dh hilang suara.




inilah sahaja hasil tgn aku pada kali ini.semoga aku tdk dimalukan pd hari isnin ini.
sekian laporan.

{ gotong royong sempena hari guru wth }


nescafe kick start

yep.tahun ni kementerian suruh kami bergotong-royong membersihkan sekolah bersama ibu bapa, sempena hari guru esok.aku cuba untuk mencari relevance di situ, ada tapi aku malas nak beria.aku rasa xperlu.gotong-royong boleh diadakan bila-bila masa, bukan untuk hari guru sahaja.tapi aku dtg juga tunjuk muka dan buat2 rajin kat bilik memasak tadi.tapi semuanya dah siap dimasak oleh kaum ibu.so aku terkulat2 xtahu nak buat apa so aku blah.

orang lain dok berpeluh busuk gotong-royong.aku kt dlm bilik guru siapkan buku rekod sambil download lagu, baca blog, baca gossip artis, chatting. takde org kacau.ah heaven..

4/28/2010

{ pelajar pun berdukacita }


petikan akhbar Kosmo!

hah.baguslah kalau dh tak jadi.tp pelajar mesti frustrated kan.mereka agaknya dh syok kalu leh belajar benda ni.ramai org tanya pendapat aku sebagai seorang guru ttg isu ni baru-baru ini.siapa yg sokong tu aku tak tahu la minda diorg mcmana.open-mindedness has its own limits yeah.even kt america pn diorg ckp sex education only promotes more and more problems.

distributing free condoms to promote safe sex?no wonder...

gilo apo nk aja seks kt sekolah.take my students for example.even tak diajar subjek seks pun tiap tahun kami dapat cucu.tahun ni pun bakal dpt cucu.kt dalam hp diorg penuh dgn gambar, videos pornography.bayangkan kalau diorg diajar subjek seks??!tobat aku tak masuk kelas dah.budak-budak sekarang dah terlebih maju tak perlu nak diajar topic mcm ni.ade pelajar offer kt ckgu vcd porno tu mcmana?mungkin diorg dah boleh mengajar.xkan la tak tau baby tu dtg dr mana.ah tak se-naive tu kot.

cikgu sains ckp bila ajar topic pembiakan pun dia dh rasa muka tebal 14inci.budak-budak dah nmpak excited terlebih.hisy.nak aja tajuk seks in particular?lagi la gatal gedik budak2 tu.woh, invisible terus cikgu.tak pun buat virtual teaching.tp apa content yang diorg nk suruh aja sebenarnya?hisy.ngeri ah.

bagi aku, seks adalah perkara natural yg akan dilalui oleh setiap manusia tak kira lelaki atau perempuan.yg lelaki Allah bagi mimpi.yg perempuan lepas kahwin tahulah.dan benda ni memang natural lah.sepatutnya lah.tp bnyk yg tak patut dah sekarang ni.pastu aku nk petik apa yg Datuk Shahrizat ckp dulu, gadis yg buang bayi adalah dr golongan yg berpendidikan rendah.hmm.are u sure?klu pendidikan rendah sekalipun, bukan subjek seks yg mesti diterapkan, tp ilmu agama, ada paham?baiklah wujudkan subjek Fardhu Ain kt sekolah menengah juga.aku rasa RAMAI lagi yang tak tahu baca Quran.

parents play a BIG FAT role in this matter as well.early education is crucial and people tend to rely on the teachers at school nowadays.dh kalau mak bapak sendiri bercerai-berai, bergaduh ,keluarkan kata-kata kesat depan anak2, solat pun tak pernah, mcmana anak tu nk ikut contoh yang baik?cikgu juga yg pening kepala.

pelajar lelaki bila dlm kelas, concentrate bkn main.mata pandang kat depan tp dlm kepala ape benda lah yg diorg tgh pikir.aku tgk mata stim je.haih, takot ah.eii yuck!

ps:org2 tua ckp, anak-anak ikut perangai mak/bapak diorg masa muda.heii..aku no comment.kena buat benda elok2 ni.sooner or later akan jd mak org jugak~insyaAllah

4/27/2010

{ at the end of the rope }


say hi to my baby cactuses.they provide O2 to me whilst i serve them my CO2.
how nice~


semalam, malas
hari ini, bosan
esok, tension ah
takde benda lain ke nk ckp?

mcmana nk dpt anugerah cemerlang mcm ni.tp tahun ni ckgu cik puan yg dpt (if u kno wat i mean).orangnya xde la productive mana.mungkin sebab status dan sifat lemah lembut dia.dia memakai tudung labuh dan berstokin.hmm.mungkin aku patut ikut.tp aku masih berstatus bujang.bujang not as glamour i think.ok.xkisah la.aku tak perlu anugerah untuk mmbuktikan aku hebat.hahah.lgpun aku rasa diri ni jauh drpd layak.jadi baik dok diam2 jgn bnyk ckp boleh tak. :P

ok apa aku nk bebelkan sebenarnya.oh.sejak akhir-akhir ni semangat ku semakin luntur.descalating.messy.unorganized.static.not improved.uninterested.exhausted.yaddayaddayadda.ok aku malas nk elaborate pjg2 psl attitude pelajar-pelajar kt sini.makin diajar makin merosot.perkara yang sama tiap hari.lupa bawa buku.buku hilang.lupa bawa dictionary.argh.aku penat.soalan sama setiap hari."teacher, salin ke?"."teacher, buat dlm buku mana?"."teacher, tak paham la.kena tulis dlm bahasa inggeris ke?".kalau buat oral test."teacher, kena jawab dlm BI ke?". ok.dat's it.

i'm frickin very tired kids.pls tell me what to do.what do u want from meyh...!ok emotional

i should re-consider moving out of this wood i suppose.been saying this for umpteenth times already.i know.see, i'm static.how wussy

i know.
i so know.

1/20/2010

charles



just like last year, i'm teaching English for 5 classes, three form 5s, two form4s.bear in mind that my students are of average level and below except for my only two students i can say that they are A scorers.and that is special case.we have science stream here even though some of the students only got Cs for Maths and Science in PMR.but, we give them a chance considering what science education can offer them later.

science classes are of intermediate level and below. the second and third classes are lower.remind you, i teach form 4's and 5's.teachers know that teaching and learning must be done on syllabus basis etc, that covers all the 4 basic language skills, ie speaking, reading listening and writing. i'm not complaining abt my students' performance when me myself holds responsibility to give them quality education but in my case, teaching according to syllabus seems impossible.as a matter of fact this is not my first experience with students here.i wonder what did they learn back in primary school?

take this for example, i just got out frm class 5 arif, that is class no2. i taught grammar on topic SVA (subject-verb agreement).knowing their level, i only taught basic rules of the topic and gave them simple exercise.i gave them a list of mixed up singular and plural subjects/nouns like The principal, Singapore, My mother etc, for them to categorize them into singular or plural group of course. among the nouns/subjects was a person's name, 'Charles' that is.after a while a girl asked me,
"teacher, charles tu apa?"

now, how am i going to teach them according to syllabus?huhu hua!

8/06/2009

risau

hari ni dua org pelajar di sekolahku tidak sihat. dua-dua perempuan, f3 n f5.sorang demam.sorang lg selsema teruk bersin non-stop.guru bertugas hantar diorg balik rumah.kisahnya kedua-dua pelajar ini berjiran dengan seorang pelajar sm sains raub yg pulang bercuti kerana sekolah tersebut telah ditutup kerana H1N1.dan pelajar itu pun telah dijangkiti virus itu juga setelah beberapa hari.yang pelajar aku ni pegi plak melawat kawan yang sakit.haiya...

haih. aku mula risau.
kena gi beli face mask asap.