9/26/2013

Tariq

14 Sept 2013
2040 - 2213 - PPUKM labour room


Tariq . 3.78kg

that's me! 

9/11/2013

6 hari lagi



tinggal 6 hari lagi untuk sampai due date.belum ada tanda2 baby nak keluar.must be cozy inside ya baby?Qamarina dulu lahir awal seminggu.ummi ni klu hari tu dh sangat tak sabar nak lahirkan adik sbb ummi rasa berat sangat perut ni, belakang pun sakit, dengan masalah buasir lagi.tapi sekarang ummi rasa ok pula adik masih nak stay kat dalam.at least ummi boleh settlekan banyak kerja.6 hari lagi mungkin boleh settle kerja tu.kemudian boleh ummi jaga adik dengan penuh perhatian dan kasih sayang.

semoga Ummi dijadikan Allah seorang ibu yang baik yang dapat mendidik anak menjadi solehin dan solehah.berjaya di akhirat dan di dunia.semoga Allah jadikan Ummi seorang yang sabar, rendah diri jika anak-anak ummi berjaya kelak.ameen.

*rasa berdebar, takut, risau menunggu kelahiran baby*
ya Allah permudahkanlah..

sayang anak-anak Ummi

9/08/2013

hidup

sesungguhnya jalan menuju ke syurga Allah itu amat sukar...

sekadar peringatan untuk diri sendiri agar tidak mudah lupa
ujian dari Allah itu adalah sebagai peringatan untuk mendekatkan diri kepadaNya
peluang untuk memperbaiki diri
perbaiki keluarga
jadi contoh yang baik kepada anak-anak
ya, kita semua mahu masuk syurga
namun sukarnya untuk menjadi seorang yang sabar
Allah...
kuatkanlah aku
tunjukkan aku jalan yang lurus

ameen

7/23/2013

update!

Qamarina dan adik yang diredhoi Allah dan Rasul

As salam. sudah lama tidak menulis di sini.sibuk! biasalah tugas utama sebagai ummi, isteri, dan pendidik memerlukan semua masa yang ada setiap hari.tempoh kehamilan pula telah masuk ke minggu 31, baby makin membesar dan ummi makin mengah.baby sangat kuat bergerak dan menendang sepanjang masa. Qamarina pula semakin aktif! banyak bercakap dan suka bermain dan 'membantu' ummi.sudah boleh mengira 1 - 10 dan menyebut A - G.hehe.alhamdulillah.

Syukur kpd Allah kerana telah banyak memberi nikmat kepada kami, rezeki yang diberi dirasakan masih belum cukup dibalas dengan tanda kesyukuran kepadaNya.subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Kehamilan kali ini Allah berikan sedikit ujian kepada saya dimana saya mengalami hernia yang disedari sejak bulan Mei yang lalu. temujanji dengan doktor pakar HUKM akan tiba pada 20 Ogos nanti. kami berdoa agar bayi dapat dilahirkan secara normal dan hernia itu tidak akan menjadi semakin teruk.aahh saya takutkan bilik bedah!!nauzubillah, ya Allah Engkau permudahkanlah..

Setelah melakukan beberapa siri ultrasound, insyaAllah bayi yang akan lahir diberi nama Tariq bin Ahmad Firdaus ;-)


semoga menjadi wanita solehah yang diredhoi Allah dan Rasul sayang.ameen