{ kemewahan itu tanda kebencian Allah }

kenapa aku cakap begitu?adakah kerana aku tidak dikurniakan kemewahan oleh Allah so aku tak puas hati dgn org2 yg kaya raya mewah segala bagai nih?what if aku diberikan harta kekayaan, pangkat yang tinggi, kuasa, pengaruh etc nikmat dunia, adakah aku akan menulis begini?aku tidak tahu.tapi, aku bersyukur kerana aku tdk dikurniakan semua itu kerana sesungguhnya nikmat itu boleh melalaikan.aku tidak dengki.rezeki masing2.dan aku sgt bersyukur dgn apa yg ada dan aku berdoa agar sekiranya aku dikurniakan kemewahan suatu hari nanti, aku masih boleh bersyukur dan sentiasa mengingati yang semua ini hanyalah pinjaman dari Allah SWT semata-mata.kemudian membuat aku lebih taat kepada perintahNya.amin. :)

ok.kemewahan tu tanda kebencian Allah kepada hambaNya sekiranya hamba itu tidak reti bersyukur kepadaNya.golongan ini adalah golongan Istidraj.u can google it.maksudnya, seorang yang mendapat kemewahan etc dan dlm pd masa yg sama dia tdk bersyukur, tidak bersolat, tidak mengeluarkan zakat dsb, Allah pula sentiasa kurniakan kelebihan itu kepadanya kerana Allah murka sebenarnya, supaya dia menjadi lebih sesat dan bongkak dan lalai, tanpa mendapat hidayah dari Allah selama-lamanya.dengan kata lain, golongan istidraj adalah mereka yang derhaka kepada Allah.

aku tertarik untuk menulis ttg isu ini kerana sejak kebelakangan ni aku rasa sgt annoyed apabila melihat org yang semakin lalai dan lupa kepada Allah padahal dengan apa yg dikurniakan Allah kepadanya, sepatutnya dia menjadi semakin dekat dgn Allah.entahla.aku rasa sedih.aku rasa, sesuatu ujian/musibah yang Allah berikan kepada kita tu ada kaitannya dengan amalan kita.kalau org yg memang beriman dan taat perintah Allah tu diberi ujian, ia adalah untuk menguji tahap keimanannya. tapi kalau golongan yang tak beriman, ia adalah ujian at the same time, peringatan dari Allah.kalau kita sedar, dan berusaha kembali ke jalanNya,Alhamdulillah.tapi kalau kita tidak memberi perhatian kepada amaran Allah itu, tidak merujuk kepadaNya,kita akan sentiasa sesat dan semakin jauh dr Allah,nauzubillah.bayangkan kalau Allah tdk pernah beri ujian kepada kita, akan sentiasa hanyut lah kita dalam semua kenikmatan yg ada.

ok.aku membebel sedikit.kadang2 aku membebel juga kt dalam kelas apabila student aku tdk membuat pencapaian yg bagus.aku kaitkannya dgn amalan solat mereka.ya,aku boleh katakan majoriti pelajar aku jenis yang tak bersolat.masyaAllah.diorg sendiri mengaku dan apabila aku tanya sape solat subuh pagi ni, hmmph, ada la 2, 3 tgn yg angkat.pathetic kan?pastu ade yg jenis kurang didikan akan memanggil aku uztazah.aku tak kisah.tapi aku jdi semakin panas dan meneruskan bebelan dgn lebih hebat.bukankah semua org Islam itu wajib berdakwah?aku kecewa.ketika membebel, aku masih boleh berfikir, cheh layak ke aku ni nk bebel ni?pastu dlm hati at the same time insaf dgn perbuatan jahat sendiri dan berjanji nk ubah sama.kwang2.

bebelan ini sebenarnya ingatan utk diri sendiri.more to luahan hati juga.aku pun bukan insan sempurna tapi ye lah, kdg2 terfikir juga tentang dosa dan kaitan antara perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya.alhamdulillah, aku sentiasa tersedar dari kelalaian dan selalunya cuba memperbaiki diri dengan sebaiknya mungkin walaupun selalu juga terkandas, terlencong.berbual dengan teman yang boleh memberi pendapat yang bagus juga bermanfaat sgt.pd masa tu, sama2 muhasabah diri sendiri.lov u kawan.ah, bnyk yg perlu dipelajari dan diperbaiki kalau nk jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.isy, segan pulak rsnya membebel mcm ni.rasa tak layak pulak.hihi. :P

semoga kita boleh sama-sama tegur menegur dan ingat mengingati.aku percaya, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.wallahu'alam.

owh, btw, baru borak dgn one senior friend.ade satu benda aku nk post kt sini.dia ckp, bila dia bersalin rasa sakit sgt as compared to her sister.tak sakit teruk sbb dia ckp, kakak dia tu dia perasan tak pernah lawan ckp suami dan tak suka sakitkan hati suami.dan bila nk bersalin sgt la senang.bila dibandingkan dgn dia yang selalu menjawab.haha.so, smthg to take as a lesson.hehe.
waalahu'alam.

Comments

  1. satu cahaya kesenanganApril 14, 2010 at 9:29 PM

    kekayaan adalah suatu rahmat namun kemewahan yang merupakan kekayaan yang tidak terkawal disifatkan oleh Syed Qutb dalam tafsir Fi Zilalul Quran sebagai ulat-ulat yang beracun dan busuk yang akan merosakkan keperibadian seorang mukmin. kemewahan menjadikan jiwa kita hilang kepekaan serta arah tuju kita mula kabur. kita mula hilang pertimbangan antara perkara utama dan kurang utama, keperluan atau sekadar keinginan yang tidak semuanya perlu dipenuhi.
    dalam semua hal, kekayaan adalah amanah. segalanya akan dipersoalkan nanti, dari mana kita memperolehinya dan kemana kita telah belanjakannya. kekayaan adalah rahmat bagi jiwa yang bertaqwa dan bencana yang merosak jiwa yang lemah keimanannya.

    ReplyDelete
  2. tq dear. i once did an observation and an entry regarding this issue.
    btw, it's ok to give reminders to others because in actuality, we are reminding ourselves. and thank you for that last advice,will keep that in mind. ;)

    love u.

    ReplyDelete
  3. ya. we tend to have the same thots, concerning abt the same issues quite often kn?ya, i thot it wud be helpful to my married frens, n to me, one day.hehe
    je t'aime~

    ReplyDelete

Post a Comment