2/14/2012

{ valentine's day? }

hm..hari favourite bagi pasangan yang berkasih..'no panties day' kat uitm tahun lepas...hari peniaga bunga, coklat, kad, teddy bear mendapat untung berganda-ganda.astaghfirullahal 'azim..aku lupa pernahkah aku sambut hari ini zaman jahiliah dulu2...mungkin ada wish-wish gtu je kot.tp tak pernah la bagi hadiah ke pebenda.rasa mcm tak penting sgt, rasa macam terlebih gedik gtew..

wallahu'alam.

oklah, pape pon, sejak 2 menjak ni aku tengok kat facebook amat rancak skali orang pesan berpesan, dah ramai umat Islam mendapat kesedaran tentang hukum menyambut Valentine's day ni.kat berita tv3 hari tu majlis fatwa dah umumkan hukumnya haram.besides ia adalah sambutan  oleh orang kristian pada asalnya, ia juga adalah satu benda yang banyak membawa keburukan dari kebaikan.kita perlu tahu, sebarang sambutan keagamaan penganut agama lain adalah haram bagi kita meraikannya, mengucapkan selamat, apatah lagi berada di majlis perayaan tersebut.namun, jangan keliru dengan perayaan kaum spt tahun baru cina, ia bukan upacara ugama.

bagi aku, sebagai umat Islam tak payah la kita nak excited sgt pasal 14 Feb ni..dahla hukumnya haram, pastu knp plak nk celebrate love on particular day only? shouldn't it be celebrated timelessly.tak perlu nak argue lagi, kita kena sentiasa berusaha mencari ilmu, mengamalkannya, mencari keredhaan Allah tanpa membuat perkara2 yang terlarang.oklah, senang cerita, anda boleh tonton video tentang penjelasan hukum dan sejarah Valentine's day ni..




p/s: aku suka celebrate anniversary
p/p/s: jgn lupa juga banyak lagi perkara haram lain yang kita kena jauhi.. ;)

2 comments:

  1. kalau ada 'like', i dah like this posting :)

    -wardah-

    ReplyDelete
  2. hehe.kena tambah button like ni

    ReplyDelete