update!

Qamarina dan adik yang diredhoi Allah dan Rasul

As salam. sudah lama tidak menulis di sini.sibuk! biasalah tugas utama sebagai ummi, isteri, dan pendidik memerlukan semua masa yang ada setiap hari.tempoh kehamilan pula telah masuk ke minggu 31, baby makin membesar dan ummi makin mengah.baby sangat kuat bergerak dan menendang sepanjang masa. Qamarina pula semakin aktif! banyak bercakap dan suka bermain dan 'membantu' ummi.sudah boleh mengira 1 - 10 dan menyebut A - G.hehe.alhamdulillah.

Syukur kpd Allah kerana telah banyak memberi nikmat kepada kami, rezeki yang diberi dirasakan masih belum cukup dibalas dengan tanda kesyukuran kepadaNya.subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Kehamilan kali ini Allah berikan sedikit ujian kepada saya dimana saya mengalami hernia yang disedari sejak bulan Mei yang lalu. temujanji dengan doktor pakar HUKM akan tiba pada 20 Ogos nanti. kami berdoa agar bayi dapat dilahirkan secara normal dan hernia itu tidak akan menjadi semakin teruk.aahh saya takutkan bilik bedah!!nauzubillah, ya Allah Engkau permudahkanlah..

Setelah melakukan beberapa siri ultrasound, insyaAllah bayi yang akan lahir diberi nama Tariq bin Ahmad Firdaus ;-)


semoga menjadi wanita solehah yang diredhoi Allah dan Rasul sayang.ameen

Comments

  1. dear, do take care of yourself ya! miss u,bila la blh jmp nak hear all about ur trip. ;)

    ReplyDelete
  2. rajin basuh pinggan (main air) .. 'sitdown, sitdown' :)

    ReplyDelete
  3. aifaa dearest.insyaAllah this Eid! wanna meet baby Aimi!

    ReplyDelete

Post a Comment