7/20/2010

{ lapang sebelum sempit }

dalam sibuk ku mencari ruang lapang
dalam ruang lapang ini ku bertafakur sejenak
memikirkan tentang hidup
memikirkan tentang amalan
memikirkan apa akan jadi esok?

dalam ruang yang sempit ini ku menilai
mengharap semua perjuanganku betul
agar sentiasa bersyukur
tatkala aku masih bisa bernafas
ada yang sedang bergelut dengan kesengsaraan

dalam ruang ini
aku mengingatkan diriku
agar sentiasa mengingati Dia
sentiasa bersyukur
bukan hanya ketika
badan sudah tidak bermaya!

No comments:

Post a Comment