bantal beropol-ropol

perjalanan balik ke kampung sgt menyeronokkan jika memandu secara konvoi bersama kawan-kawan tersayang.dalam kes aku, adlinaa dan suaminya lah yg selalu menjadi teman konvoi apabila tiba waktu cuti sekolah atau kadang2 cuti hujung minggu yang sebnyk dua hari pun kami balik aje.cuti hari buruh yang lalu aku berkonvoi balik bersama feedvati yang menumpangkan 2 org jejaka macho di dalam keretanya.jejaka macho malu kt aku sbb tumpang perempuan balik kg.hahaha.aku rilek je..ape nak malu..konvoi balik semula ke pahang menjadi lebih bermakna apabila aku dan adlinaa terserempak dgn aifaatumblr di rnr gua musang.dia bersama sepupu.kami sgt teruja.

selesai makan dan borak-borak kami memberi ciuman selamat tinggal.aifaatumblr meneruskan perjalanan balik ke putrajaya.aku dan adlinaa meninggalkan rnr 10 minit kemudian.aku memandu berseorangan.musim cuti begini banyaklah kereta di atas jalan raya.seronok tapi bosan.perjalanan balik ke pahang mengambil masa sekurang-kurangya 5 jam untuk sampai.pinggang pun boleh tahan sakitnya.2 jam terakhir mata pun mengantuk.aku melayan lagu-lagu emo dan menyanyi beriringan dgn kuat untuk mghilangkan rs mengantuk. o yeahh..

keretaku meluncur dgn kelajuan antara 90 hingga 100km/j.di kejauhan ada sebuah kereta Vios berwarna hitam di hadapanku yang tidak berapa laju.aku potong kereta itu, sambil sempat mataku meninjau ke dalamnya, ku nampak pemandunya adalah seorang jejaka kacak lagi manis.haha.seorang diri juga.uuhh...hot stuff...hilang sikit rasa mengantukku.hehe.aku terus menekan pedal minyak meninggalkannya jauh di belakang.tiba-tiba, vios tadi pulak memotong keretaku, mungkin beliau tdk puas hati dan tercabar kerana telah dipotong oleh seorg gadis.haha.plet keretanya bernombor D**1980.mungkin itu tahun kelahirannya, aku berfikir dan berangan-angan.namun begitu,anganku terhenti apabila aku perasan terdapat 2 biji bantal yg beropol-ropol bersama kotak tisu yang cantik di bahagian blkg keretanya.jadi aku rasa dia sudah berkahwin, yang mana isterinya lah yg bertanggungjawab menghias kereta itu dgn indah sekali,which i strongly believe dat, atau dia memang sukakan barangan feminin.huhu.chehh..aku membiarkannya memecut jauh ke hadapan.

dan aku, kembali melayan lagu-lagu emo.

Comments

  1. erm musykil jugak tu..may be dis pinjam kete aweks dia kwang kwang

    ReplyDelete
  2. hermm kita memang kena alert sume tue..nanti kang terngorat laki org..huhu tapi bantal beropol2 memang sangat feminin,,aku pun tak sanggup nak letak,,hihi bantal superman plzz...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. gurl>i doubt dat.me rs dia da kawen.huaaa
    pup>ececewah.bntl aku jugak yg famous.itulah, bntl ropol2..oh no...weh jgn ngurt laki org wehh..tak baikk..

    ReplyDelete
  5. haha.funny entry.
    this is so u. mesti cpt je detect all these little 'warning' signs.hehe.

    ReplyDelete
  6. aiftumblr>i like calling u dat here.it was so real damn good to see u the othr day.dat guy was mouthwatering i tell u.haha

    ReplyDelete
  7. or maybe..die baru balik dr kampung die, yang mana kat kampung tu die sorang je ade vios, so mak atau nenek die dgn rase bangga mengdecoratekan kereta die dgn bantal ropol2...?huhu bantal ropol2?..bantal tido anis pun tak ropol2...

    ReplyDelete
  8. anis>hahaha.u thnk so?dat is so funny.lol.beria nye mak n nenek dia kan.hahaha.anyways i thnk its the wifey la.the ropol2an wifey.wat abt sejambak bunga mawar diletakkn di blkg kereta?

    ReplyDelete

Post a Comment